Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Imbas QR Kod di atas untuk
capaian melalui mobil

Hubungi Kami

Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Tingkat 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Sarawak

Tel  :+6082-441957
Fax :+6082-441677


© Hak Milik Jabatan Ketua Menteri Sarawak 2016

Pautan Luar

Kemaskini Pada: 23 10 2018
Versi 8.1.2
Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Ketua Menteri Sarawak
Mengenai Kami

Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) ditubuhkan pada 26 Mei 2017 yang merupakan unit baru di Jabatan Ketua Menteri di bawah portfolio Timbalan Ketua Menteri Sarawak YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas. UNIFOR diketuai oleh Datu Dr Ngenang Anak Jangu yang dilantik sebagai Pengarah.

Penubuhan UNIFOR sebagai sebuah agensi kerajaan negeri merupakan cetusan idea bekas ketua menteri Sarawak Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem yang bertanggungjawab untuk mengawal selia dasar bagi mempromosikan keharmonian antara agama selain menilai, mencadangkan dan merumuskan dasar, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal agama bukan Islam di Sarawak.

UNIFOR akan menjadi landasan bagi permohonan untuk dana dan tanah untuk pembinaan gereja-gereja atau kuil-kuil baru atau pembaikan.