Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Imbas QR Kod di atas untuk
capaian melalui mobil

Hubungi Kami

Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Tingkat 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Sarawak

Tel  :+6082-441957
Fax :+6082-441677


© Hak Milik Jabatan Ketua Menteri Sarawak 2016

Pautan Luar

Kemaskini Pada: 23 10 2018
Versi 8.1.2

KENYATAAN RASMI DARIPADA UNIT SUMBER MANUSIA NEGERI, JABATAN KETUA MENTERI SARAWAK
UJIAN RECRUITMENT ENTRY QUALIFICATION TEST (REQT)
 
1.        Ujian REQT akan diadakan semula pada 1 - 20 September 2018. Masa Ujian bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Calon yang layak menduduki REQT sebelum ini telah dan akan dimaklumkan secara berperingkat melalui email dan khidmat pesanan ringkas (sms).

2.        Calon juga dinasihat supaya menyemak email masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai tarikh dan masa ujian yang baharu.

3.        Topik soalan ujian REQT ini meliputi sejarah negeri Sarawak, geograpi, bahasa, pengetahuan am, Intelligent Quotient (IQ), penyelesaian masalah, ekonomi dan lain-lain.

4.        Calon dinasihat supaya memahami Frequently-Asked-Questions (FAQ) dan Manual REQT yang dikepilkan bersama dengan email yang dihantar kepada calon.

5.        Bilik Operasi REQT boleh dihubungi pada 8.00 pagi - 5.00 petang pada tarikh-tarikh ujian yang ditetapkan dengan lima (5) talian iaitu 082-311104 / 082-311586 / 082-312082 / 082-312092 dan 082-312096 atau melalui email erecruitmenthrm@sarawak.gov.my

6.        Maklumat lanjut mengenai ujian REQT boleh didapati di laman web rasmi www.jkm.sarawak.gov.my.

7.        Untuk maklumat lanjut boleh klik di pautan di bawah

 
Sekian, terima kasih.
30 Ogos 2018