Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Hubungi Kami

Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Tingkat 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Sarawak

Tel  :+6082-441957
Fax :+6082-441677


© Hak Milik Jabatan Ketua Menteri Sarawak 2016

Topik Popular
Pengenalan JKM
Borang permohonan penyelidikan
Direktori staf JKM


Pautan
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sarawak
Kemaskini Pada: 24 08 2017
Versi 8.0.2
1151149
Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Ketua Menteri Sarawak
Sejarah Penubuhan

Rentetan sejarah penubuhan Unit Perancang Negeri atau lebih dikenali sebagai State Planning Unit (SPU) sebagai sebuah agensi pusat perancangan negeri bermula dengan penubuhannya secara rasmi pada tahun 1972 seperti berikut:

1972   Seksyen Perancangan Ekonomi, Pejabat Kewangan Negeri diangkat sebagai sebuah Unit secara rasminya pada 6 Mac 1972 dan dinamakan sebagai Unit Perancang Negeri atau State Planning Unit (SPU). SPU diletakkan dibawah bidangkuasa Jabatan Ketua Menteri. Penubuhan SPU adalah untuk memastikan perancangan dan pembangunan negeri Sarawak dilaksanakan dengan lebih berkesan dan terancang.

1977 26 Julai 1977 menyaksikan SPU, Pejabat Pembangunan Negeri (SDO), Pejabat Kewangan Negeri (PKN), Pejabat Akauntan Negeri (PAN) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sarawak (PPES) berada di bawah naungan Kementerian Kewangan Negeri.

1983 Pada 1 Januari 1983, SPU dan SDO telah disatukan di bawah Jabatan Pembangunan Negeri. Penyatuan ini dilihat dapat mengukuhkan dan memesatkan pembangunan sosio-ekonomi Negeri Sarawak serta meningkatkan peranan jabatan dari segi perancangan pembangunan sosio-ekonomi dan keberkesanan pemantauan dan penilaian (M&E). Penggabungan ini juga adalah selaras dengan struktur yang digunapakai di peringkat Kerajaan Persekutuan di mana Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) telah disatukan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

1992 Pelaksanaan Skim Sistem Saraan Baru (SSB) yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 1992 telah membawa satu lagi perubahan kepada SPU. SPU dikeluarkan daripada Jabatan Pembangunan Negeri dan diletakkan semula di bawah Jabatan Ketua Menteri sepertimana pada awal penubuhannya.

2000 Sejajar dengan kemajuan dan perkembangan pesat pembangunan sosio-ekonomi Negeri Sarawak, SPU kini berperanan sebagai Agensi Pusat Perancangan Negeri. SPU memberi tumpuan kepada perancangan dan pelaksanaan dasar dan strategi bagi memastikan Negeri Sarawak mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Penstrukturan pengurusan Jabatan Ketua Menteri yang dilaksanakan pada bulan Disember 2000 menyaksikan SPU, Unit Pelaksanaan dan Pemantauan Negeri (SIMU) dan Unit Projek Khas (SprU) diletakkan khas di bawah penyeliaan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Perancangan dan Pembangunan).

2007 Penyusunan semula struktur pengurusan Jabatan Ketua Menteri yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2007 menyaksikan SPU, SIMU, Unit Perancangan Sumber Manusia (SHRP) dan Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICTU) diletakkan di bawah penyeliaan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.

2009 Pada Oktober 2009, SHRP telah digabungkan dengan SPU.