Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Hubungi Kami

Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Tingkat 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Sarawak

Tel  :+6082-441957
Fax :+6082-441677


© Hak Milik Jabatan Ketua Menteri Sarawak 2016

Topik Popular
Pengenalan JKM
Borang permohonan penyelidikan
Direktori staf JKM


Pautan
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sarawak
Kemaskini Pada: 24 10 2017
Versi 8.0.2c
1229126
Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Ketua Menteri Sarawak
Soalan Lazim Ditanya

1.

Dimanakah lokasi Pejabat Unit Audit Dalam?

Pejabat Unit Audit Dalam terletak di Tingkat 6, Wisma Satok, Kuching

 

2.

Apakah perbezaan di antara Audit Dalam dan Audit Luar?

Di sektor awam, fungsi audit luar adalah dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara, di mana kuasa dan tanggungjawab Ketua Audit Negara adalah ditetapkan melalui Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 serta bertanggungjawab kepada Parlimen mengenai akauntabiliti awam.

Manakala kuasa Audit Dalam adalah diberikan oleh Ketua Agensi secara pentadbiran dan ia adalah sebahagian daripada sistem kawalan pengurusan di Agensi dan ia bertanggungjawab terus kepada Ketua Agensi.

 

3.

Apakah fungsi utama Unit Audit Dalam?

Unit Audit Dalam membantu Kementerian, Jabatan, Badan-badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk:

  1. menambahbaik amalan dan prosedur dalam sistem yang sedia ada demi mengelakkan pembaziran dan penyalahgunaan;

  2. mengurus risiko yang mereka hadapi; dan

  3. mengurus sumber-sumber yang diletakkan di bawah pengawasan mereka dengan cermat, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

     

4.

Apakah bidang kuasa Pengarah Audit Dalam?

Pengarah Audit Dalam diberi kuasa oleh Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengakses secara bebas segala rekod dan harta benda Kementerian, Jabatan, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk melaksanakan kewajipannya dengan lancar. Surat Pekeliling (Perj. Bil. 4/2003) bertarikh 5 Februari 2003 adalah berkaitan.

 

5.

Agensi manakah yang selalu diaudit oleh Unit Audit Dalam?

Agensi yang mengutip hasil yang tinggi, membuat perbelanjaan yang tinggi, mempunyai had pegangan tunai yang tinggi dan agensi-agensi yang menggunakan sistem berkomputer yang baru.