Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Hubungi Kami

Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Tingkat 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Sarawak

Tel  :+6082-441957
Fax :+6082-441677


© Hak Milik Jabatan Ketua Menteri Sarawak 2016

Topik Popular
Pengenalan JKM
Borang permohonan penyelidikan
Direktori staf JKM


Pautan
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sarawak
Kemaskini Pada: 22 10 2017
Versi 8.0.2c
1226608
Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Ketua Menteri Sarawak
In Service Training

Pengenalan

Pengeluaran buku ini bertujuan untuk memaklumkan tentang kriteria pemohon, proses permohonan dan kelulusan Hadiah Latihan Dalam Perkhidmatan bagi pegawai-pegawai yang layak mengikuti pengajian di peringkat sijil/diploma/sarjana muda/sarjana/kedoktoran. Buku ini dapat dijadikan panduan dan rujukan oleh Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan Negeri dan semua Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Kategori Hadiah Latihan Dalam Perkhidmatan    

  1. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa Untuk Mengikuti Pengajian Secara Sepenuh Masa
  2. Biasiswa Untuk Mengikuti Pengajian Secara Separuh Masa 
  3. Cuti Belajar Tanpa Gaji Dan Tanpa Biasiswa    

Permohonan

  1. Permohonan pegawai akan dinilai oleh Jawatankuasa Carian masing-masing. Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh Ketua Jabatan yang akan melantik 2 orang pegawai kanan sebagai ahli-ahli jawatankuasa.
  2. Jawatankuasa Carian hendaklah memperakukan pelantikan penyelia bagi tujuan pemantauan kemajuan pengajian dan kertas kerja pegawai yang dicalon.
  3. Butir-butir perakuan perlu dicatat dengan menggunakan Borang Perakuan Jawatankuasa Carian dan dengan mengisi borang permohonan HLDP.
  4. Semua pencalonan yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Carian hendaklah dikemukakan ke Unit Sumber Manusia Negeri, Jabatan Ketua Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Hadiah Latihan Dalam Perkhidmatan.
  5. Permohonan tanpa melalui Jawatankuasa Carian dan tanpa borang yang lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  6. Mereka yang telah mendapat tempat di universiti/institusi pengajian tinggi (IPT) hendaklah mengemukakan surat tawaran kemasukan bersama-sama surat permohonan.

Kelulusan Permohonan

Semua permohonan akan dikumpulkan dan akan dibawa kepada Jawatankuasa Hadiah Latihan Dalam Perkhidmatan untuk dipertimbangkan. Semua kelulusan akan diberitahu melalui Ketua Jabatan.