Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
INISIATIF TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK OLEH JABATAN KETUA MENTERI DIIKTIRAF
Tarikh : 24 Oct 2014
 
KUCHING – Usaha transformasi ke arah kecemerlangan penyampaian perkhidmatan beroreintasikan rakyat yang digerakkan oleh Kerajaan Sarawak telah mendapat pengiktirafan pada peringkat nasional dan antarabangsa.   Perkhidmatan Awam Sarawak atau Sarawak Civil Service (SCS) telah memulakan usaha transformasi pada tahun 2010 dengan visi Menjadi Perkhidmatan Awam Bertaraf Dunia dan misi Menyediakan Penyampaian Perkhidmatan Cemerlang menerusi Pasukan Berprestasi Tinggi. Perjalanan ini adalah komitmen untuk mengubah SCS menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatannya dan untuk memudahkan transformasi Sarawak selaras dengan wawasan kepimpinan untuk mencapai status negeri berpendapatan tinggi, penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan akhirnya meningkatkan kualiti hidup rakyat untuk menjadi "Negeri Bergerak Maju".

Untuk memastikan pelan transformasi yang berstruktur dan komprehensif, SCS telah memperkenalkan Pelan Tindakan SCS 10-20 yang meliputi lapan (8) bidang utama.  Pelan ini diperkenalkan untuk mempercepat proses transformasi di samping menyediakan satu pendekatan terbaru tatacara pentadbiran negeri.  Lapan (8) bidang utama tersebut adalah Mengurus Perubahan Budaya, Mengurus Keperluan Pelanggan, Inovasi dan Kreativiti, Pengurusan Bakat Sumber Manusia, Kecemerlangan Penyampaian Projek dan Program, Transformasi Pengurusan Kewangan dan Perkhidmatan Cemerlang dalam Perkhidmatan Perundangan Sarawak.       
Dalam memastikan semua inisiatif transformasi tercapai, SCS telah mengukuhkan pengukuran prestasi bagi semua fungsi dan aktiviti teras dengan mengaplikasikan Balanced Scorecard sebagai mekanisme pengurusan yang dikenali sebagai SCS Scorecard  di semua agensi kerajaan negeri.  SCS Scorecard adalah mekanisme pengukuran yang membantu organisasi menterjemahkan strategi ke dalam objektif operasi yang mendorong prestasi tinggi dan hasil.
ANUGERAH FUTUREGOV
Pada 9 Oktober 2014, Pelan Tindakan SCS 10-20 telah mendapat penganugerahn daripada FutureGov  menerusi kategori Digital Inclusion.  Anugerah ini mengiktiraf  inisiatif yang terbaik dalam merapatkan jurang digital melalui penggunaan teknologi yang inovatif. Anugerah FutureGov merupakan pengiktirafan tertinggi dalam perkhidmatan awam di Asia Pasifik.   Sejumlah 50 buah badan kerajaan, agensi pendidikan dan agensi kesihatan diberi pengiktirafan atas kecemerlangan perkhidmatan, produktiviti, tadbir urus dan penggunaan teknologi.  FutureGov adalah jaringan antara kerajaan yang terbesar di Asia Pasifik.
JABATAN KETUA MENTERI SARAWAK MENDAPAT PENARAFAN 5 BINTANG DARIPADA KETUA SETIAUSAHA NEGARA
Pada hari yang sama, Jabatan Ketua Menteri  telah menerima Anugerah Penarafan 5 Bintang  daripada Ketua Setiausaha Negara, Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa sempena Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam 2014 di One City, Subang Jaya. Anugerah Penarafan 5 Bintang ini merupakan kali kedua berturut-turut Jabatan Ketua Menteri menerima pengiktirafan. Anugerah dwitahunan ini menilai dan mengukur prestasi agensi-agensi kerajaan pada pelbagai peringkat, memberi pengiktirafan rasmi kepada agensi-agensi yang cemerlang, strategi dan amalan terbaik yang dilaksanakan dan menggalakkan persaingan yang sihat antara agensi dalam sektor awam.
 
KERAJAAN NEGERI DIBERIKAN ANUGERAH CEMERLANG PENGURUSAN ADUAN OLEH JABATAN PERDANA MENTERI 
Selain itu, menerusi sistem pengurusan aduan iaitu Talikhidmat, Kerajaan Negeri telah mendapat Anugerah Cemerlang Pengurusan Aduan 2013 yang disampaikan oleh Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 9 Oktober 2014. Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada agensi yang berjaya  menyelesaikan 100% aduan yang dikemukakan kepada pentadbiran negeri seluruh Malaysia.  Kejayaan ini adalah yang ke-3 berturut-turut dicapai oleh Kerajaan Negeri sejak 2011.