Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Hubungi Kami

Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Tingkat 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Sarawak

Tel  :+6082-441957
Fax :+6082-441677


© Hak Milik Jabatan Ketua Menteri Sarawak 2016

Topik Popular
Pengenalan JKM
Borang permohonan penyelidikan
Direktori staf JKM


Pautan
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sarawak
Kemaskini Pada: 23 08 2017
Versi 8.0.2
1149611
Pan Borneo Sarawak dilancar
Tarikh : 01 Apr 2015  Sumber Berita: Utusan Online
 

BINTULU 31 Mac - Penantian 50 tahun rakyat negeri ini untuk menikmati kemudahan jalan raya yang luas dan selesa akhirnya tercapai selepas Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak sepanjang 1,076 kilo­meter (km) menghubungkan Tanjung Datu, Lundu sehingga Merapoh, Lawas dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

 

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan projek tersebut sekali gus membuktikan beliau menepati manifesto atau Aku Janji Barisan Nasio­nal (BN) yang dilafazkannya dalam satu perhimpunan pada 6 April 2013 semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 iaitu memberi pembangunan infrastruktur bertaraf dunia dan transformasi luar bandar dengan membina 2,300 km Lebuh Raya Pan Borneo bermula di Sematan, Lundu hingga ke Serudong, Sabah.

 

“Jadi, kehadiran saya hari ini menandakan saya menepati janji tersebut. Lebuh Raya Pan Borneo bukan sahaja sebuah projek yang boleh disifatkan pemangkin tetapi sebagai bakal membawa perubahan besar kepada Sarawak.

 

“Hal ini kerana projek tersebut bukan sahaja mempunyai kaitan dengan sistem perhubungan melalui pembinaan lebuh raya dari satu tempat ke satu tempat tetapi hakikatnya membuka akses Sarawak dari Tanjung Datu di barat daya negeri ini hingga Merapoh, Lawas sejauh 1,076 km,” katanya ketika berucap dalam majlis Pelancaran Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak di kawasan rehat dan rawat (R&R) Simpang Bakun, Batu 32, Jalan Bintulu-Miri di sini.

 

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan timbalannya, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani.

 

Mengulas lanjut, Najib membe­ritahu, lebuh raya yang menelan kos RM15 bilion itu akan dibina dalam tiga fasa iaitu fasa pertama melibatkan laluan Nyabau-Bakun sejauh 43 km bermula Mac ini dan dijangka siap pada akhir 2017.

Katanya, fasa kedua Tanjung Datu-Sematan-Miri sejauh 780 km termasuk jalan baharu Tanjung Datu-Sematan, 40 km (bermula pertengahan 2016 hingga pertengahan 2023) manakala fasa ketiga pula dari Tedungan Merapok-Sindumin, Limbang-Lawas sejauh 96 km (pertengahan 2018 hingga pertengahan 2023).

“Apabila siap nanti, lebuh raya ini dapat memendekkan perjalanan dari Tanjung Datu ke Lawas kepada 12 jam berbanding 19 jam sebelum ini.

 

“Kalau pembangkang kata projek mega ini tidak menguntungkan rakyat, pembangkang kata projek ini membazir wang rakyat, dakwaan mereka tidak benar kerana lebuh raya ini cukup menguntungkan kerana pembinaannya ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan untuk Sarawak dan diusahakan oleh penduduk tempatan negeri ini,” ujarnya.

 

Beliau berkata, satu lagi keistimewaan lebuh raya itu ialah tidak me­ngenakan bayaran tol memandangkan tiada jalan alternatif lain boleh dilalui oleh pemandu berbanding di Semenanjung yang mempunyai jalan lama atau negeri dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

 

Sementara itu, dalam sidang akhbar, Najib memberitahu, seba­nyak 75 syarikat jururunding milik pelbagai etnik di negeri ini dilantik untuk melaksanakan projek berkenaan menerusi konsep perkongsian awam dan swasta (PPP).

Katanya, semua syarikat dipilih mempunyai kemampuan tinggi untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan yang diamanahkan memandangkan konsep PPP menyerahkan kepada syarikat pemaju untuk bertanggungjawab sekiranya berlaku masalah kenaikan harga barang binaan atau kelewatan projek disiapkan.

 

“Dalam pada itu, kita akan cuba memaksimumkan kegunaan Lebuh Raya Pan Borneo dengan membantu penduduk setempat terlibat dalam perniagaan seperti memasarkan hasil pertanian dan kraftangan di R&R yang dibina sepanjang lebuh raya berkenaan,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pan-borneo-sarawak-dilancar-1.75840#sthash.GcNXq2na.dpuf