Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Hubungi Kami

Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Tingkat 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Sarawak

Tel  :+6082-441957
Fax :+6082-441677


© Hak Milik Jabatan Ketua Menteri Sarawak 2016

Topik Popular
Pengenalan JKM
Borang permohonan penyelidikan
Direktori staf JKM


Pautan
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sarawak
Kemaskini Pada: 23 08 2017
Versi 8.0.2
1149605
Jabatan Ketua Menteri menang Anugerah Inovasi Antarabangsa
Tarikh : 22 Aug 2016  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

KUCHING: Jabatan Ketua Menteri Sarawak diumumkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi Antarabangsa (IIA) Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2016 dalam kategori Inovasi DNA bersama India menerusi projek bertajuk ‘Create and Inovate, make a difference: Story of our Journey’.

Pemenang bagi Anugerah IIA CAPAM 2016 telah diumumkan pada Majlis Makan Malam Presiden CAPAM di Putrajaya kelmarin sempena Persidangan Dwitahunan CAPAM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Anugerah bagi kategori Inovasi DNA telah disampaikan oleh Presiden CAPAM Tan Sri Dr Ali Hamsa yang juga Ketua Setiausaha Negara kepada pemenang yang diterima oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani.

Sarawak telah menghantar tiga projek inovasi dalam dua kategori pada Mac 2016 di mana dua daripadanya telah terpilih sebagai finalis.

Dua projek yang terpilih ialah ‘Create and Inovate, make a difference: Story of our Journey’ bagi kategori Inovasi DNA dan ‘The Sarawak Civil Service 2010-2020 (SCS10-20) Action Plan’ bagi kategori Inovasi Dalam Pengurusan Perkhidmatan Awam.

Dalam pada itu, sebanyak empat projek inovasi yang mewakili Malaysia telah dipilih sebagai finalis IIA dalam empat kategori berbeza termasuk Jabatan Ketua Menteri Sarawak dalam dua kategori di atas.

Dua lagi agensi yang mewakili Malaysia ialah Jabatan Penjara Malaysia bagi kategori (Innovation Incubation) dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia bagi kategori (Citizen-Focused Innovation).

Persidangan dwitahunan CAPAM 2016 telah berlangsung dari 18 hingga 20 Ogos dengan tema ‘Innovation: A Public Service Imperative’ di mana lebih daripada 1,000 delegasi dan jemputan daripada 53 negara ahli Komanwel hadir pada persidangan ini.