Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Hubungi Kami

Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Tingkat 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Sarawak

Tel  :+6082-441957
Fax :+6082-441677


© Hak Milik Jabatan Ketua Menteri Sarawak 2016

Topik Popular
Pengenalan JKM
Borang permohonan penyelidikan
Direktori staf JKM


Pautan
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sarawak
Kemaskini Pada: 22 10 2017
Versi 8.0.2c
1227023
Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Ketua Menteri Sarawak
Unit Pentadbiran telah ditubuhkan pada tahun 1963 dan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta dikenali sebagai Cawangan Am.


Pada akhir tahun 1970an, ianya dikenali sebagai Cawangan Am dan Protokol dan pada awal tahun 1990an pula, satu perubahan telah dilakukan dengan meletakkan unit ini di bawah Jabatan Ketua Menteri dimana ia dikenali sebagai Bahagian Am dan Protokol.

Daripada tahun 1994 hingga akhir 1990an, ia dikenali sebagai Unit Pentadbiran Am. Pada November 2000, Jabatan Ketua Menteri telah distrukturkan semula kepada 2 bahagian iaitu Bahagian Perancangan & Pembangunan dan Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia. Setiap bahagian ini diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan dan unit-unit dibawahnya diketuai oleh Pengarah masing-masing.

 

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Perancangan dan Pembangunan) adalah bertanggungjawab ke atas bahagian perancangan dan pembangunan manakala Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran dan Sumber Manusia) adalah bertanggungjawab ke atas hal-hal pentadbiran dan sumber manusia dengan 3 buah unit di bawah kawalseliaanya iaitu Unit Pentadbiran, Unit Protokol & Hal Korporat dan Unit Pengurusan Sumber Manusia.

 

Mulai 1 Ogos 2004, dengan pengstrukturan semula Jabatan Ketua Menteri, nama dan tanggungjawab Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran dan Sumber Manusia) telah bertukar menjadi Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran dan Hal Korporat) dan unit-unit di bawah kawalselia Bahagian Pentadbiran dan Hal Ehwal Korporat adalah Unit Pentadbiran, Unit Keselamatan dan Unit Perhubungan Awam & Korporat.

 

Selaras dengan penguatkuasaan pindaan kepada Local Authorities (Amendment) Ordinance, 2002 pada 1 Januari 2002, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) telah diletakkan di bawah tanggungjawab YAB Ketua Menteri. Maka dengan itu, Seksyen Pentadbiran Bandaraya di bawah Unit Pentadbiran telah diwujudkan pada bulan April 2005 bagi memastikan Majlis Bandaraya Kuching Selatan dan Dewan Bandaraya Kuching Utara diurus dan dirancang dengan sistematik dan teratur selari dengan halatuju pembangunan Negeri Sarawak.

 

Unit ini juga bertanggungjawab dalam penggubalan polisi dan garis panduan yang berkaitan dengan perakaunan, penyelarasan dan pengendalian aktiviti-aktiviti berhubung dengan urusan pembayaran, pelaburan, waran-waran, perolehan, input gaji, isu-isu audit, akaun pinjaman, penyediaan dan pemeriksaan anggaran belanjawan tahunan dan tambahan mengejut.

 

Dari aspek sosial dan keselamatan, Unit ini dipertanggungjawabkan untuk menggubal, memantau, menilai, menyediakan garis panduan yang berkaitan dengan hal-hal hakmilik senapang patah, permit kerja pekerja asing, permit-permit dan pengeluaran lesen di bawah kawalselia Jabatan Ketua Menteri. Selain itu juga, ianya menyelaras hal-hal berkaitan dengan hubungan di antara wilayah, persekutuan, bahagian, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam

 

Bagi melancarkan jentera pentadbiran, Unit ini bertanggungjawab di dalam hal penggubalan, pelaksanaan dasar dan peraturan yang berkaitan dengan penggunaan aset kerajaan (bangunan, peralatan dan kenderaan), hal-hal berkenaan sumber manusia di Unit Pentadbiran dan hak-hak keistimewaan TYT, Menteri dan Menteri Muda, Speaker dan Timbalan Speaker, ADUN dan Setiausaha Politik.